Kita Saksikan Serata Alam
Indah Bicara Berhias Seri
Menanti Tiba Masa Dan Harinya
Alaf Baru Mencecah Tiba
Sejarah Besar Umat Semasa
Penuh Impian Semat Di Dada
Tenang Wajahnya Namun Bergelora
Sebak Dan Harap Ingin Menatap
Kedamaian Basahi Dunia
Insan Durjana Berputih Mata
Namun Tiada Pernah Berjaya
Yang Pastinya Di Sini Sana
Kemusnahan Tak Pernah Sudah
Bumi Yang Gersang Terus Berdarah
Tunduk Tafakur Diulit Lesu
Damba Si Abid Merintih Sayu
Sendu Tangisan Yatim Dan Balu
Ternoda Nusa Tiada Pembela
Bingar Dentuman Meragut Nyawa
Bumi Ibunda Medan Pusara
Terhulurkah Salam Ukhuwah Kita
Atau Sekadar Menatap Saja
Jambangan Kasih Dah Kering Layu
Lena Dibuai Syurga Dunia
Entah Berapa Saat Ketika
Sengsara Insan Yang Tak Berdosa
Tak Kira Muda Juga Dewasa
Terus Dijarah Menjadi Mangsa
Ooooo...
Ampuhnya Iman, Ilmu Dan Amal
Itulah Kekuatan Hakiki
Sejarah Silam Membuktikannya
Rasul Sahabat Ikutan Kita
Islam Gemilang Di Puncaknya
Mendapat Pembelaan Allah
Itulah Hikmah Dan Iktibarnya
Allahu Rabbi... Bantulah Kami
Lindungilah Sekalian Mukmin. Iklan
Dieser text wurde 642 mal gelesen.